Jumaat, 24 Julai 2009

Cerita Janji Seorang Anak

"Mak doakan Man ye supaya Man dapat kerja nanti ye Mak ye?" Yela Man, Mak doakan, pergilah.."kata Maknya. Maka Man pun berhijrah ke kota Kuala Lumpur mencari kerja. Berkat kesabarannya mencuba pelbagai pekerjaan di sana sehinggalah setahun kemudian, Man telah mendapat satu jawatan yg OK juga di ibukota itu. Berkat Doa Mak Man yang tak putus-putus itu, Man telah mendapat kerja sebagai Penolong Pengurus Sumber Manusia dan setelah setahun lagi...
"Mak, Man dah dinaikkan pangkat sebagai Pengurus Sumber Manusia!"
"Alhamdulillah Man, syukurlah..."ujar Ibunya.
"Man janji Man akan hantar Mak pergi Haji 2 Tahun dari sekarang, yer Mak!"
"Betul ke ni Man?" seraya ibunya bertanya dalam keadaan terkejut.
"Iyee, Man janji Mak."
............selepas 5 Tahun berlalu,
NAMUN, selepas 5 Tahun bekerja, janji tinggal janji. Haram pun tak buat.
Balik pun jarang-jarang...
........... Sebangsat-bangsat manusia ialah mereka MENODAI janji yang mereka sendiri BUAT!!



p/s: renung-renungkanlah......