Ahad, 25 Oktober 2009

MT-vs-English Teacher(Team Jono), perlawanan sulung yg tewas





Apabila kita bertemu dgn pencabar yg memiliki kelebihan dari segi fizikal, stamina dan prestige (well, sape antara kita yg kaki bola bukan peminat EPL ek, Liga England yg Top tuh), pasti kita akan diuji dari sudut berbeza, yg mencabar kemampuan kita dan memaksa kita berfikir di luar kepompong. Buat pertama kalinya dlm sejarah hidupku, aku bermain menentang satu team English-Man (11 aside), yg rata2 memakai jersi chelsea biru gelapnya. Mereka merupakan golongan pengajar di RAK English School..Dan kami memakai jersi Kelabu Nike-90 gred A..(yam). Walaupun dgn semangat “Hang Tuah”, mindset kami tidaklah ingin mengejar kemenangan. Seri adalah suatu Bonus besar buat kami. Arakian itu, dalam perlawanan “perasmian Jersi Pasukan MT Malaysia” kami, telah kecundang dengan 14 jaringan gol berbalas 4. Empat gol tersebut telah disumbangkan oleh Sdr.Azri (Dubai) yg pantas menghidu kekalutan di depan gol lawan, lalu menyumbat gol pertama pasukan kami di separuh-masa kedua. Gol kedua adalah atas belas ehsan pasukan lawan, yg telah menyepak lambung ke arah pintu gol sendiri, dalam usaha mereka mengekang kemaraan pasukan kami yg semakin garang setelah mendapat gol pertama, melakukan volley-backpass ke arah Goalie, yg telah tersalah bajet akibat mara sangat ke depan. Gol ketiga telah dirembat oleh Sdr Shahal (imported from Kerrala), yg pantas merembat leret ke penjuru kanan pintu gol setelah menyambut bola dari sentuhan Boss (Dubai) kami, En.Hefny yang menerimanya dari sepakan sudut. Sahal yg merupakan gol keeper pada separuh masa pertama te3lah menukar posisinya kepada penyerang kerana berasa amat kecewa dengan prestasi barisan Defender yg tidak ‘marking’ penyerang2 pasukan lawan yg tinggi lampai belaka, sehingga menyebabkan beberapa gol awal pasukan lawan disumbangkan menerusi tandukan dari sepakan sudut. Gol keempat telah berjaya disempurnakan oleh Sdr Iqhbal (RAK) yang melakukan ‘Kelekan’ terlebih dahulu dgn pemain pertahanan lawan, seterusnya merembat rendah ke penjuru kiri pintu gol. Hanya itulah saat terbaik Sdr Iqhbal kerana beberapa peluang yg beliau peroleh selepas itu telah disia-siakan, akibat keadaan kasut dan kegopohannya. Cuba lagi di masa hadapan, majulah Sukan utk Malaysia (Modern Technology ajer..)

p/s: Saat pertama ku dalam game ni, bukan menendang bola, tak sempat kaki ni cecah bola, mamat omputih ni dah terjatuh kna bentesan kaki-ku. Mujur x kena kad merah..huhu

1 ulasan: