Selasa, 12 Mei 2009

Beza antara Rich Dad dengan Poor Dad

Salam semua, seperti yg anda ketahui Rich bermaksud kaya dan Poor bermaksud miskin. Di sini saya nk mengupas bagaimana seorang anak yang dibesarkan dalam persekitaran berbeza bakal mencorakkan suatu yang berbeza juga dari segi sikap and attitude serta mentality-nya pabila meningkt dewasa. Poor dad mungkin kebanyakan bapa bagi kita semua, lazimnya dengan saranan berbunyi begini,"Mi, belajar rajin2 yer, score tau dalam exam, nanti boleh sambung belaja kat universiti/kolej yg bagus2.."....itulah ungkapan yg sring didengar dan terngiang-ngiang di kepala sehinggalah ke hari ini.....

NAMUN dalam realitinya di era global sekarang, kadar pengganguran di kalangan mahasiswa meningkat ke puluhan ribu, dan golongan yg bernasib malang ini dituduh pula oleh media dengan alasan terlampau memilih kerja lah, tak pandai berkomunikasi la n bla3.Saya yakin yang kita semua selepas Grad, ingin memilih pekerjaan yg benar2 sesuai dengan segulung ijazah yang kita dapat itu, agar dapat memuaskan hati sendiri n membanggakan keluarga tersayang dengan pekerjaan yang bagus2. apatah lagi dapat pula dengan company2 yg TOP2. Maka saya pernah melalui ini semua dan saya bekerja BUKAN dalam bidang saya selama SETAHUN SETENGAH sebelum peluang pekerjaan yang lebih baik dan ideal menanti saya. Pasti ada beratus-ratus lagi grduan yang senasib dengan saya dan dipersalahkan pula atas tidak memiliki ciri-ciri keterampilan yang diperlukan oleh sesebuah majikan.

Oleh itu, saya dari golongan pertengahan 20-an dan bakal menjadi ayah juga 1 masa nanti, telah menanamkan dalam diri untuk memberi lebih opsyen kepada anak dan membuka peluang yg lebih luas akan cara-cara untuk menjadi seorang yg lebih berguna di kemudian hari. Bukan sahaja melalui akademik (alone) tapi dengan pengetahuan kewangan, yg pastinya tidak diajar disekolah, serta ilmu-ilmu motivasi diri, bisnes dan pelaburan. Maka saya akan terangkan perbezaan ketara antara Rich dad dan Poor dad;

1) Poor dad- "Saya bekerja untuk duit"
Rich dad- "Duit bekerja untuk saya"

2) Poor dad- "Hanya fokus pada Ilmu Akademik sahaja"
Rich dad- "Fokus pada Ilmu Akademik bersama dengan Ilmu Kewangan"

3) Poor dad- "Menggunakan kata-kata berunsur ilmiah semata-mata"
Rich dad- "Menggunakan kata-kata dari diri sendiri-berdasarkan hal kewangan"

4) Poor dad- "Saya tidak berminat dengan duit"
Rich dad- "Money is power"

5) Poor dad- "Saya tidak mampu memiliki harta itu,sampai bila-bila pun........."
Rich dad- "Bagaimana yer cara untuk saya memiliki harta itu? pasti ada jalannya.."

6) Poor dad- "Rumah saya adalah aset saya"
Rich dad- "Rumah saya adalah liabiliti saya, sehingga hutang sudah selesai dijelaskn"

7) Poor dad- "Pay myself last"
Rich dad- "Pay myself first"

Semoga ianya menjadi renungan buat anda semua. Email saya jika anda perlukan nasihat dan bimbingan untuk mengatur perjalanan kewangan anda. saya ada tips dan formula untuk dikongsi bersama kalian. Salam





Petikan dari Robert T.Kiyosaki, penulis buku kewangan tersohor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan