Isnin, 4 Mei 2009

Kisah Jutawan 1: Pelajar UiTM Ahmad Shazuan


Remaja berusia 23 tahun ini berasal dari Shah Alam dan masih menuntut di UiTM Shah Alam dalam jurusan perakaunan. Ahmad Shazuan Ahmad Faris diperkenalkan kepada bisnes E-NETWORKING ini oleh Mohd. Harizan pada Disember 2004.

Pada mulanya Shazuan menyertai E-NETWORKING ini sekadar suka-suka untuk mengisi masa lapang. Lama-kelamaan beliau menjadi minat untuk menjalankan bisnes ini dengan serius setelah mula nampak duit dan potensi yang ada dalam bisnes ini di samping kelebihan beliau mengetahui tentang penggunaan komputer serta dunia IT.

Beliau mempunyai impian untuk merantau ke seluruh pelosok dunia dan beliau melihat E-NETWORKING ini adalah satu platform untuk merealisasikan impian beliau itu. Pengalaman pahit beliau sepanjang menjalankan bisnes E-NETWORKING ini ialah apabila prospek pertama menghina beliau dengan mengatakan bisnes yang beliau perkenalkan adalah mengarut serta tidak masuk akal. Namun, beliau menganggap pengalaman pahit itu tidak melemahkan semangat malah ianya menjadikan beliau lebih kuat dan bersemangat dengan bisnes ini.

Berkat kesabaran dan ketekunan serta kesungguhan, Shazuan telah berjaya memiliki sebuah kereta Mitsubishi Lancer yang memang tidak pernah beliau mimpi dapat memilikinya. Sebagai seorang yang masih belajar, cuba bayangkan bagaimana perasaan apabila menggenggam sekurang-kurangnya RM15,000.00 setiap bulan.

Beliau masih ingat sampai sekarang pesanan Dr Ahmad agar jangan lupa kepada pelajaran walaupun sudah cukup selesa dengan pendapatan yang diterima melalui bisnes E-NETWORKING ini .
Sebagai anak yang masih belajar, beliau bersyukur kerana mampu memberikan duit kepada ibu bapa setiap bulan sebagai tanda penghargaan dan kasih saying kerana melahir serta membesarkan beliau selama ini. Beliau berazam, dalam waktu terdekat ini beliau akan memiliki sebuah kereta Mazda RX8 untuk dihadiahkan kepada ibu beliau disamping mengintai-intai untuk membeli sebuah rumah kedai sebagai pelaburan untuk masa depan.
Shazuan juga tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada Encik Noor Azmi,
pemimpin nombor satu E-NETWORKING ini yang banyak membentuk serta memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada beliau. Bagi beliau, selain faktor diri sendiri, pemimpin juga memainkan peranan yang penting dalam menentukan kejayaan seseorang networker. Jika tersalah pilih pemimpin, bukan tidak boleh berjaya, tetapi kejayaan itu sukar dicapai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan